Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.tas] | ملينتس

Definisi : 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.tas] | ملينتس

Definisi : 1 pergi ke seberang; menyeberang (jalan dsb): Baik-baik ~ jalan. 2 lalu dgn cepat: Ketika dia bermenung-menung itu, ~ seorang gadis di hadapannya. 3 mengikut jalan yg terdekat; merentas. 4 tampak (teringat, terkenang) sekejap: Kadang-kadang wajah arwah ibuku ~ dlm kepalaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintas
Kata Terbitan : melintas, melintasi, terlintas,

Puisi
 

Simpang Empat sampai ke Bintung,
     Jalan melintas Utan Aji;
Kalau dapat memanglah untung,
     Kalau terlepas gigit jari.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bededam[b«.d«.dAm]kata adjektifbanyak, bersusun-susun (berkenaan benda yang besar seperti rumah, motokar dan lain-lain).Nak lintaeh jalan pon tak buleh, kereta bededam.[nA/ lin.tAEh dZA.lAn pon tA/ bu.leh k«.ÒE.tA b«.d«.dAm]Susah hendak melintas jalan kerana banyak kereta.
derisip[d«.Òi.sip]kata namaterbuka tetapi tidak dapat melihat (tentang mata), buta celik.Patotla dia tak lintas-lintas jalan tu dia tu derisip.[pA.tot.lA di.jA tA/ lin.tAEh.lin.tAEh dZA.lAn tu di.jA tu d«.Òi.sip]Dia tidak melintas langsung jalan itu kerana buta celik.

Kembali ke atas