Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Orang Dayang memakai cincin,
     Singgah sebentar di Beras Basah;
Alang-alang berkahwin biarlah licin,
     Alang-alang mandi biarlah basah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ketang kedada[ke.tAN k«.dA.dA] memakai kain setakat paras dada, berkemban.Minah ketang kedada bila nak pi mandi kat telaga.[mi.nAh ke.tAN k«.dA.dA bi.lA nA/ pi mAn.di kAt t«.lA.gA]Minah berkemban apabila pergi mandi di telaga.
cengeh[tSE.NEh]kata adjektifberkenaan perlakuan, pakaian yang hebat, bergaya, canggih.Amboi, bila hang pakai kot tu betoi-betoi cengeh.[Am.boj bi.lA hAN pA.kAj kot tu b«.toj.b«.toj tSE.NEh]Amboi, sungguh hebat bila engkau memakai kot itu.
cucoq ubi[tSu.tSâÖ u.bi]kata namakiasan untuk selipar Jepun (kata kiasan).Senang nak jalan mokalu pakai kasut cucok ubi kreja kat laman rumah, pakai kasot sepatu susah.[s«.nAN nA/ dZA.lAn m.kA.lu pA.kAj kA.sot tSu.tSâÖ u.bi kÒ«.dZA kAt lA.mAn Òu.mAh pA.kAj kA.sot s«.pA.tu su.sAh]Lebih selesa memakai selipar Jepun ketika membuat kerja di halaman rumah, daripada memakai kasut.
becerabiaq[b«.tS«.ÒA.bi.jAâÖ]kata adjektifberkenaan pakaian atau cara berpakaian yang koyak-rabak atau compang-camping, tidak kemas.Peminta sedekah tu pakai baju becerabiaq.[p«.min.tA s«.d«.kAh tu pA.kAj bA.dZu b«.tS«.ÒA.bi.jAâÖ]Pengemis itu memakai baju compang-camping.
betokoh[b«.t.kh]kata adjektifberkenaan seseorang yang kelihatan bergaya, hebat, tampan.Hang ni betokoh sunggoh bila hang pakai baju Melayu.[hAN ni b«.t.kh suN.goh bi.lA hAN pA.kAj bA.dZu m«.lA.ju]Engkau sungguh bergaya apabila memakai baju Melayu.
maeh kundai[mAEh kun.dAj] perhiasan wanita daripada emas yang melitupi bahagian dahi hingga ke telinga.Penari Mak Yong pakai maeh kundai kat dae depa masa depa menari.[p«.nA.Òi mA/ joN pA.kAj mAEh kun.dAj kAt dAe dE.pA mA.sA dE.pA m«.nA.Òi]Penari-penari Mak Yong memakai maeh kundai di bahagian dahi sewaktu mereka menari.
   2. selalu digunakan (pakaian) hingga menjadi haus, lusuh dan lain-lain.Dia ada kasot tu saja, pasai tu dia latu sampai tapak kasot dia hauih.[di.jA A.dA kA.sot tu sA.dZA pA.sAj tu di.jA lA.tu sAm.pAj tA.pA/ kA.sot di.jA hA.wuih]Dia selalu memakai kasutnya yang sepasang itu sehingga tapaknya haus.
seroi I[s«.ҍj]kata namasejenis seluar labuh (biasanya besar, dan longgar) untuk basahan.Tok guru suroh anak buah dia pakai seroi bagi senang belajaq silat.[to/ gu.Òu su.Òoh A.nA/ bu.wAh di.jA pA.kAj s«.ҍj bA.gi s«.nAN b«.lA.jA)Ö si.lAt]Tuan guru suruh anak buahnya memakai serual untuk memudahkan mereka belajar silat.
capong[tSA.poN]kata adjektifberkenaan kain, langsir dan lain-lain yang senteng atau singkat kerana tidak menepati ukuran.Melah tu memang renjong, bila pakai kaen adek dia, kaen jadi capong, pasai adek dia pendek-pendek belaka.[m«.lAh tu mE.mAN ÒEn.dZN bi.lA pA.kAj kAen A.de/ di.jA kAen dZA.di tSA.poN pA.sAj A.de/ di.jA pEn.dE/.pEn.dE/ b«.lA.kA]Melah sememangnya tinggi, apabila dia memakai kain adiknya, kain tersebut kelihatan senteng kerana adiknya pendek-pendek belaka.

Kembali ke atas