Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.li/.kan] | ممباليقکن

Definisi : 1 memberikan sesuatu kpd tuannya kembali; memulangkan; mengembalikan: Saya hendak ~ buku yg saya pinjam dr perpustakaan tempoh hari. 2 mengubah arah sesuatu ke arah asalnya: Cermin ~ cahaya dgn sekata kerana permukaan cermin licin dan gilap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membalikkan


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
memalek[m«.mA.le/]kata kerjamenenggala atau membajak sawah pada peringkat kedua dengan cara membalikkan tanah (tahi tenggala) yang sudah ditenggala.Abeh memalek ni buleh la membongkaq pulak dengan sisiaq.[A.beh m«.mA.le/ ni bu.leh lA m«m.boN.kA)Ö pu.lA/ d«.NAn si.si.jA)Ö]Setelah selesai menenggala, bolehlah membongkar, dengan menggunakan sisir.

Kembali ke atas