Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tah] | ممبنته

Definisi : menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tah] | ممبنته

Definisi : tidak menyetujui pendapat orang lain; menentang atau melawan perkataan atau pendapat orang: Setelah mendengar nasihat guru, murid-murid tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantah

Peribahasa

Lidah terganjal.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beat[bE.At]kata adjektifdegil dan suka membantah terhadap sesuatu perkara.Beat sunggoh dia tu, suka bantah cakap mak pak dia.[bE.At suN.goh di.jA tu su.kA bAn.tAh tSA.kAp mA/ pA/ di.jA]Degil sungguh dia, suka membantah kata ibu bapanya.
beban[bE.bAn]kata adjektifdegil, ketegar, membantah, tidak ambil endah.Budak tu beban sunggoh, pak dia suroh laen, dia buat laen.[bu.dA/ tu bE.bAn suN.goh pA/ di.jA su.Òoh lAen di.jA bu.wAt lAen]Budak itu degil sungguh, lain yang disuruh bapanya, lain yang dibuatnya.

Kembali ke atas