Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
perap[p«.ÒAp]kata kerjameminta sesuatu dengan memaksa (kanak-kanak), merengek untuk mendapatkan sesuatu; memerap.Bakak dok perap kat pak dia nak gerek baru.[bA.kA)Ö do/ p«.ÒAp kAt pA/ di.jA nA/ gE.ÒE/ bA.Òu]Bakar sedang merengek kepada bapanya hendakkan basikal baru.
   2. sangat suka mengambil atau meminta akan barang orang sama ada diizinkan atau tidak.Ali memang melahaq, mokalu dia nak, hak orang tak bagi pon dia ambek jugak.[A.li mE.mAN m«.lA.hA)Ö m.kA.lu di.jA nA/ hA/ .ÒAN tA/ bA.gi pon di.jA Am.be/ dZu.gA/]Ali memang suka akan barang kepunyaan orang, jika sudah berkenan, walau tidak diberi diambilnya juga.
memerap[m«.m«.ÒAp]kata kerjameminta sesuatu dengan memaksa (kanak-kanak), merengek untuk mendapatkan sesuatu; perap.Bakaq dok memerap kat pak dia nak gerek baru.[bA.kA)Ö do/ m«.m«.ÒAp kAt pA/ di.jA nA/ gE.ÒE/ bA.Òu]Bakar sedang merengek kepada bapanya hendakkan basikal baru.
ngok-nget I[N/.NEt]kata kerjamerayu mengecek atau meminta (kanak-kanak).Budak ni dok ngok-nget dari tadi, tak reti kot orang kata tak dak duet?[bu.dA/ ni do/ N/.NEt dA.Òi tA.di tA/ Ò«.ti kot .ÒAN kA.tA tA/ dA/ du.wet]Budak ini, mengecek sejak tadi, tak fahamkah kita tak ada duit?

Kembali ke atas