Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.du/] | منندوق

Definisi : 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.du/] | منندوق

Definisi : 1 menyondol dgn tanduk (bkn kerbau, lembu dll): Budak yg ditanduk kerbau itu telah dihantar ke rumah sakit. 2 menyondol atau memukul bola dll dgn kepala: Dia ~ bola itu masuk ke dlm gol pasukan lawan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanduk (kata nama)
Bersinonim dengan cula, sumbu;,
Kata Terbitan : bertanduk, menanduk,

Puisi
 

Selat Teberau lompat gajah,
     Sambil menanduk akar dedalu;
Berderau rasanya darah,
     Hendaklah ke janda dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tebok[tE.b/]kata kerjamenanduk, menyondol (bagi binatang yang bertanduk seperti kerbau, lembu dan lain-lain).Tut-tut krebau jantan tu naek minyak, dia pon tebok tuan dia kena betoi tang tulang rusok.[tut.tut kÒ«.bAw dZAn.tAn tu nAe/ mi.øA/ di.jA pon tE.b/ tu.wAn di.jA k«.nA b«.toj tAN tu.lAN Òu.so/]Tiba-tiba kerbau jantan itu naik minyak lalu menanduk tuannya betul-betul kena tulang rusuk.

Kembali ke atas