Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cium] | منچيوم

Definisi : 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, ber­antuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cium] | منچيوم

Definisi : 1 menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2 meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3 melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4 ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencium

Peribahasa

Anjing dengan tahi,
     tidak makan atau menjilat,
tetapi mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tanglaq[tAN.lA)Ö]kata kerjaberbuat sesuatu yang sumbang di hadapan orang, tidak senonoh.Budak tu tanglak sunggoh, dia pi cium budak pompuan tu kat tengah orang ramai.[bu.dA/ tu tAN.lA)Ö suN.goh di.jA pi tSi.jum bu.dA/ pom.pu.wAn tu kAt t«.NAh .ÒAN ÒA.mAj]Budak itu berbuat sumbang, dia mencium gadis itu di khalayak ramai.

Kembali ke atas