Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.bas] | منبس

Definisi : memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dll) sebelum dipetik atau dituai: dia ~ padinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bas] | منبس

Definisi : memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bas] | منبس

Definisi : memotong atau merambah pokok-pokok kecil dsb: Mereka sedang ~ semak. ~ hutan menebang pokok-pokok hutan utk bercucuk tanam dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebas
Kata Terbitan : menebas,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
makan cekak[mA.kAn tS«.kA/] sanggup dan berkeupayaan melakukan sesuatu.Kalu takat nak tebaeh kelilin kampong hang tu aku makan cekak la.[kA.lu tA.kAt nA/ t«.bAEh k«.li.lin kom.poN hAN tu A.ku mA.kAn tS«.kA/ lA]Jika sekadar hendak menebas di sekeliling kampung engkau tu sangguplah aku.
jerembap[dZ«.Ò«m.bAp]kata kerjaterserempak, bertembung, bersua dengan tidak diduga, berjumpa dengan tidak disangka-sangka (manusia, binatang dan lain-lain); jeromoh.Hang tau dak, aku jerembap dengan pak belang masa aku menebaeh kebon pagi tadi.[hAN tAw dA/ A.ku dZ«.Ò«m.bAp d«.NAn pA/ b«.lAN mA.sA A.ku m«.n«.bAEh k«.bon pA.gi tA.di]Engkau tahu tidak, aku terserempak dengan harimau sewaktu aku menebas di kebun pagi tadi.

Kembali ke atas