pasmbor | [pAs.mbr] | kata nama | sejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasembor. | | | |
pasembor | [pA.s«m.br] | kata nama | sejenis makanan (rojak) yang mengandungi campuran mentimun ubi kentang, ubi sengkuang, tauge, tauhu, cucur ketam, cucur udang dan sotong, yang dibubuh kuah daripada kacang tanah, lenga, asam jawa dan lain-lain; pasmbor. | | | |
johama | [dZo.hA.mA] | kata nama | kitab kecil yang digunakan untuk mengajar al-Quran, mengandungi pengenalan huruf Arab dan cara mengeja serta memuatkan surah-surah dalam juzuk akhir (juzuk Amma, muqaddam). | Budak-budak ni lateh baca johama dulu, lepaeh tu baru baca Kuran. | [bu.dA/.bu.dAk ni lA.teh bA.tSA dZo.hA.mA du.lu l«.pAEh tu bA.Òu bA.tSA kur.An] | Budak-budak ini perlu dilatih membaca muqaddam dahulu, kemudian barulah membaca al-Quran. |
bunga pudak | [bu.NA pu.dA/] | | sejenis kuih kering digoreng yang dibuat daripada tepung beras yang didadarkan nipis-nipis, yang mengandungi inti kelapa parut dan gula (biasanya berwarna merah). | | | |
bangsai | [bAN.sAj] | kata kerja | menumbuk (padi, dan lain-lain) bagi kali pertama dan beras belum bersih (beras masih lagi mengandungi kulit-kulit yang kasar dan antah). | Depa bangsai padi guna alu mampai. | [dE.pA bAN.sAj pA.di gu.nA A.lu mAm.pAj] | Mereka menumbuk padi kali pertama dengan menggunakan alu yang mampal. |
kelemoq | [k«.l«.m)Ö] | kata nama | kekotoran seperti habuk, serdak dan lain-lain di dalam air, keladak. | Ayaq telaga banyak kelemoq, ayaq sulin tak dak kelemoq. | [A.jA)Ö t«.lA.gA bA.øA/ k«.l«.m)Ö A.jA)Ö su.lin tA/ dA/ k«.l«.m)Ö] | Air telaga banyak keladak, tetapi air sulingan tidak mengandungi keladak. |