Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarahkan


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; perembang.Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak.[hAN k«.nA bA.nAh b«.toj.b«.toj mA.sA hAN nA/ tEm.bA/]Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.
yong[joN]kata kerjamenghalakan, menghalau, menghambat, mengarahkan (binatang ternakan) ke tempat yang dikehendaki (kandang, dan lain-lain).Petang-petang dia yong semua kambin dia masok kandang.[p«.tAN.p«.tAN di.jA joN s«.mu.wA kAm.bin di.jA mA.so/ kAn.dAN]Setiap petang dia menghalau kambingnya masuk ke dalam kandang.
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; banat.Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.Ò«m.bAN s«.nA.pAN di.jA kAt gA.gA/ A.tAEh dA.hAn tu]Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.

Kembali ke atas