trejai | [tÒ«.dZAj] | kata kerja | mengeluarkan kata-kata atau pendapat yang agak kasar, cakap ikut sedap mulut, celupar mulut. | Tok imam dah bekali-kali bagi nasehat kat budak trejai tu becakap elok siket. | [to/ i.mAm dAh b«.kA.li.kA.li bA.gi nA.se.hAt kAt bu.dA/ tÒ«.dZAj tu b«.tSA.kAp E.l/ si.ket] | Sudah berkali-kali tuan imam menasihati pemuda yang celupar mulutnya itu supaya bercakap lebih sopan. |
derin | [d«.Òin] | kata kerja | mengeluarkan suara dari tekak, berdehem (untuk tujuan memberi isyarat). | Orang tua tu tau kita ada tang ni dia dok derin tu. | [.ÒAN tu.wA tu tAw ki.tA A.dA tAN ni di.jA do/ d«.Òin tu] | Orang tua itu mengetahui bahawa kita berada di sini, sebab itulah dia pun berdehem. |
kukut | [ku.kut] | kata kerja | menanggalkan (mengeluarkan, mengikis, mengeruk) bahagian permukaan sesuatu seperti jalan, tanah, isi kelapa muda, isi buah tal dan lain-lain. | Dia kukut nyoq muda nak buat ayaq isi. | [di.jA ku.kut ø)Ö mu.dA nA/ bu.wAt A.jA)Ö i.si] | Dia mengeruk isi kelapa muda untuk dibuat air isi. |
capoi II | [tSA.poj] | kata adjektif | suka mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu tetapi berat padahnya, celupar. | Orang tu marah kat hang pasal mulot hang capoi sangat. | [.ÒAN tu mA.ÒA kAt hAN pA.sAj mu.lot hAN tSA.poj sA.NAt] | Orang itu marah kepada kamu kerana mulut kamu celupar sangat. |
inaeh | [i.nAEh] | kata nama | buluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin. | Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak. | [bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/] | Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak. |
rait | [ÒAit] | kata nama | cangkuk yang terdapat pada hujung mata kail, panah, sauh. | Payah nak buang kael mokalu rait dia tesangkot kat insang ikan. | [pA.jAh nA/ bu.wAN kAel m.kA.lu ÒAit di.jA t«.sAN.kot kAt in.sAN i.kAn] | Sukar untuk mengeluarkan mata kail jika cangkuknya terlekat pada insang ikan. |
blop | [blp] | kata nama | kawasan dalam sesebuah kebun, ladang getah untuk ditoreh, blok. | Dalam blop hak aku potong tu, pokok dia getah kurang. | [dA.lAm blp hA/ A.ku p.tN tu p.k/ di.jA g«.tAh ku.ÒAN] | Dalam kawasan yang aku toreh, pokok getahnya kurang mengeluarkan susu. |