Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : Ph mengorek (kubur); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.li] | مڠݢالي

Definisi : 1 mengorek tanah supaya berlubang utk membuat perigi dll: Sehari suntuk dia ~ perigi di belakang rumahnya. 2 mengambil sesuatu dr dlm tanah dgn membuat lubang: ~ ubi; ~ emas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggali

Puisi
 

Terang bulan menggali ubi,
     Ubi digali lagi muda;
Kalau tuan tak tahan rugi,
     Janganlah bermain dari mula.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cop[tSp]kata nama1. sejenis alat untuk menggali tanah, pasir dan lain-lain, penggali.Kalu hang nak buat lubang hang kena guna cop, baru senang.[kA.lu hAN nA/ bu.wAt lu.bAN hAN k«.nA gu.nA tSp bA.Òu s«.nAN]Kalau kamu hendak menggali lubang, lebih mudah menggunakan penggali.
pedaka[p«.dA.kA]kata namapapan penutup liang lahat.Mentara tunggu depa mandi mayat ada hak gali kuboq, ada hak kerat papan buat pedaka.[m«n.tA.ÒA tuN.gu d«.pA mAn.di mA.jAt A.dA hA/ gA.li ku.b)Ö A.dA hA/ k«.ÒAt pA.pAn bu.wAt p«.dA.kA]Sementara menunggu orang memandikan jenazah, ada yang menggali kubur, ada pula yang memotong papan untuk dijadikan penutup liang lahat.
dajal[dA.dZAl]kata namaalat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai.Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal.[bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl]Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal.
dajai[dA.dZAj]kata namaalat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal.Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai.[bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj]Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai.

Kembali ke atas