[meng.hi.tung] | مڠهيتوڠ
Definisi : 1. mengira berapa jumlahnya (pendapatannya, keuntungannya, dll), membilang (berapa banyaknya): menanti abang lambatnya datang duduk menanti ~ bulan; 2. menentukan atau menetapkan berdasarkan sesuatu (cara, kaedah, dll): bayarannya dihitung mulai bulan ini; dia ~ harga barang-barang import dr Jepun itu dgn wang ringgit Malaysia; 3. menganggap (memandang) sbg: kalau dihitung dr segi agama suaminya memang diharuskan beristeri lagi; makanan yg kita makan itu dihitung masih belum sempurna jika tidak bersih; bagai ~ bulu kambing prb mengerjakan sesuatu yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[meng.hi.tung] | مڠهيتوڠ
Definisi : 1 mengira jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); membilang utk mengetahui banyaknya atau jumlahnya: Dia ~ wang yg baru diterimanya. 2 berpendapat bahawa; menganggap (memandang) sbg: Ani dihitung sbg murid yg cergas dan bijak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)