Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngo.ré/] | مڠوريق

Definisi : 1. membuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, mene­buk, mengeruk, menggali: ~ lubang utk menanam sampah dll; 2. ki menggores; ~ hati menggores hati; 3. ki menyiasat atau mencari-cari (utk mengetahui sesuatu yg rahsia atau tersembunyi), mengata-ngata (keburukan orang dll), mengkritik: polis telah dapat ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu; 4. ki memperoleh (wang, keuntungan, dll), mendapat (untung); ~ dompet kawan prb memperdaya supaya kawan membayar perbelanjaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngo.ré/] | مڠوريق

Definisi : 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
korek (kata kerja)
Bersinonim dengan gali, cungkil, tebuk, keruk;,
Kata Terbitan : mengorek, korekan, pengorekan, pengorek,

Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Bermaksud :

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kerobek[k«.ҍ.bE/]kata kerja1. mengorek dengan menggunakan jari (kata kiasan).Budak tu dok kerobek telinga dia.[bu.dA/ tu do/ k«.ҍ.bE/ t«.li.NA di.jA]Budak itu sedang mengorek telinganya.
kerumit[k«.Òu.mit]kata kerjamenguit dan mengorek-ngorek dengan kuku jari tangan.La ni ada orang hak mai salam dengan kita, depa kerumit tapak tangan.[lA ni A.dA .ÒAN hA/ mAj sA.lAm d«.NAn ki.tA dE.pA k«.Òu.mit tA.pA/ tA.NAn]Sekarang ini ada orang yang datang bersalaman dengan cara mengerumut tapak tangan.
congkeh[tSN.kEh]kata kerjamencungkil, mencolek, mengorek, menumpil, menuil.Tiap petang orang tua tu congkeh tanah cari cacin nak buat umpan mengae.[ti.jAp p«.tAN .ÒAN tu.wA tu tSN.kEh tA.nAh tSA.Òi tSA.tSin nA/ bu.wA um.pAn m«.NAE]Setiap petang orang tua itu mencungkil tanah mencari cacing untuk dibuat umpan memancing.
gedohoq[g«.dâ.hâÖ]kata namadapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah.Bila nak masak dodoi, lebeh baek guna gedohoq.[bi.lA nA/ mA.sA/ d.dj l«.beh bAe/ gu.nA g«.dâ.hâÖ]Apabila hendak mengacau dodol, lebih baik menggunakan dapur gedohoq.

Kembali ke atas