Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuali mengatakan belanga hitam.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tik[ti/]kata kerjakritik, cela, cerca, mengumpat.Hang kena dengaq dulu, lepaeh tu hang nak tik, tik la.[hAN k«.nA d«.NA)Ö du.lu l«.pAEh tu hAN nA/ ti/ ti/ lA]Engkau kena dengar dahulu, kemudian jika engkau nak kritik, kritiklah.
pelece[p«.lE.tSE]kata kerjamengata (orang), merendah-rendahkan orang lain, mengumpat.Dia tu tak dak kreja laen dok pelece kat orang.[di.jA tu tA/ dA/ kÒ«.dZA lAen do/ p«.lE.tSE kAt .ÒAN]Dia tiada kerja lain melainkan mengata orang lain sahaja.

Kembali ke atas