Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : berjalan di atas titi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titi (kata nama)
Bersinonim dengan titian, jambatan, gertak, limban, pelimban, sirat, keretek, jejantas, jejambat;,
Kata Terbitan : meniti,

Puisi
 

Meniti banir tumbuh,
     Mencabut selasih dulang;
Kami tiada berani sungguh,
     Malas merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Seperti lotong meniti batang kayu.

Bermaksud :

Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
remban[Ò«m.bAn]kata namabatang kayu kecil (buluh dan lain-lain) yang dipasang pada titi dan lain-lain sebagai pemegang ketika meniti.Titi tu depa guna batang nyoq sebatang lepaeh tu depa letak remban kat titi tu bagi orang pegang masa depa guna titi tu.[ti.ti tu dE.pA gu.nA bA.tAN ø)Ö s«.bA.tAN l«.pAEh tu dE.pA l«.tA/ Ò«m.bAn kAt ti.ti tu bA.gi .ÒAN p«.gAN mA.sA dE.pA gu.nA ti.ti tu]Titi yang dibina dengan menggunakan batang pokok kelapa itu dipasang remban sebagai pemegang untuk memudahkan orang menitinya.

Kembali ke atas