Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jo.lo/] | منجولوق

Definisi : 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. me­mancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jo.lo/] | منجولوق

Definisi : 1 merodok sesuatu dgn galah supaya gugur: ~ buah mangga muda. 2 merodok ke dlm lubang dgn kayu dll: Ia ~ lubang itu supaya tikus di dlmnya keluar. 3 memasukkan jari ke dlm lubang hidung atau kerongkong: Dia ~ tekaknya kerana ketulangan. 4 bertanya-tanya utk mencari keterangan dll; memancing-mancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sarang tabuhan jangan dijolok.

Bermaksud :

Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rojoh[ҍ.dZh]kata kerja1. menjolok, merodok, menikam dengan kasar.Dia rojoh buah pelam tu pasai pokok dia tinggi.[di.jA ҍ.dZh bu.wAh p«.lAm tu pA.sAj p.k/ di.jA tiN.gi]Dia jolok buah mangga itu kerana pokoknya tinggi.

Kembali ke atas