Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jemoran[dZ«.mo.ÒAn]kata namabahagian rumah yang dibina untuk menyambung rumah ibu dengan rumah dapur tanpa bumbung, (sebagai tempat untuk suri rumah membuat kerja-kerja rumah).Bini hang dok besiang ikan apa ataeh jemoran tu?[bi.ni hAN do/ b«.si.jAN i.kAn A.pA A.tAEh dZ«.mo.ÒAn tu]Ikan apakah yang disiang oleh isteri awak di atas jemuran itu?
buku bemban[bu.ku b«m.bAn] sejenis simpulan hujung tali untuk menghubungkannya dengan hujung tali yang lain (buku bemban dimasukkan ke dalam lubang simpulan pas).Dia sambong tali anak lembu tu nak bagi panjang pakai ikat buku bemban.[di.jA sAm.boN tA.li A.nA/ l«m.bu tu nA/ bA.gi pAn.dZAN pA.kAj i.kAt bu.ku b«m.bAn]Dia menyambung tali anak lembu tu supaya panjang dengan menggunakan ikatan buku bemban.

Kembali ke atas