Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra/] | مرق

Definisi : sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu, Polyplectron mala-cense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra/] | مرق

Definisi : = bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya berwarna merah dan kuning), Caesalpinia pulcherrima; bunga ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra/] | مرق

Definisi : ; ~ hati Jw manis lagi peramah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra/] | مرق

Definisi : nama sj burung yg besar lagi cantik bulunya, Pavo muticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ra/] | مرق

Definisi : ; bunga ~ nama sj pokok atau bunganya (bunganya berwarna kuning atau merah), Caesalpinia pulcherrima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merak

Puisi
 

Merak emas merak Palembang,
     Merak suasa patah kaki;
Gunung emas sudah hilang,
     Gunung suasa ada ganti.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti merak mengigal di hutan.

Bermaksud :

Menunjukkan pengetahuannya kepada orang-orang yang bodoh. (Bandingkan dengan: Apa gunanya merak mengigal di hutan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombong, angkuh dan suka peraga diri.Penyanyi tu merak sunggoh, dia ingat dia sorang saja baguih.[p«.øA.øi tu m«.ÒA/ suN.goh di.jA i.NAt di.jA s.ÒAN sA.dZA bA.guih]Penyanyi itu berlagak sombong, dia sangka dia seorang saja yang pandai menyanyi.
inaeh[i.nAEh]kata namabuluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin.Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak.[bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/]Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak.

Kembali ke atas