Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu, Polyplectron mala-cense. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung yg besar lagi cantik bulunya, Pavo muticus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merak I

Puisi
 

Merak hulu merak hilir,
     Merak seekor hujung tanjung;
Hendak ke hulu hendak ke hilir,
     Badan seorang tak tertanggung.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Apa gunanya merak mengigal di hutan.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombong, angkuh dan suka peraga diri.Penyanyi tu merak sunggoh, dia ingat dia sorang saja baguih.[p«.øA.øi tu m«.ÒA/ suN.goh di.jA i.NAt di.jA s.ÒAN sA.dZA bA.guih]Penyanyi itu berlagak sombong, dia sangka dia seorang saja yang pandai menyanyi.
inaeh[i.nAEh]kata namabuluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin.Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak.[bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/]Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak.

Kembali ke atas