Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta.min.ta] | مينتا٢

Definisi : 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)

316

Nobody believes a liar when he speaks the truth

Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya.

Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya?

Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday.

Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gise[gi.se]kata kerjamendekati, menghampiri dan berjinak-jinak dengan orang tertentu kerana berhajatkan sesuatu (kiasan); gebel.Dah lama dia tu dok gise yang behormat, tentu ada hak dia nak minta tulong.[dAh lA.mA di.jA tu do/ gi.se jAN b«.hor.mAt t«n.tu A.dA hA/ di.jA nA/ min.tA tu.loN]Sudah lama dia berjinak-jinak dengan yang berhormat itu. Tentu ada sesuatu yang dihajatinya.
gebel[gE.bel]kata kerjamendekati, menghampiri dan berjinak-jinak dengan orang tertentu kerana berhajatkan sesuatu (kiasan); gise.Dah lama dia tu dok gebel yang behormat, tentu ada hak dia nak minta tulong.[dAh lA.mA di.jA tu do/ gE.bel jAN b«.hor.mAt t«n.tu A.dA hA/ di.jA nA/ min.tA tu.loN]Sudah lama dia berjinak-jinak dengan yang berhormat itu. Tentu ada sesuatu yang dihajatinya.

Kembali ke atas