Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua/] | مواق

Definisi : 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yg terlalu ber-hati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (spt air, gas, dll) yg dicampuri dgn benda yg lain sehingga benda yg pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dgn benda yg dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yg dicampurkan), mene­pukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua/] | مواق

Definisi : 1 sudah jemu kerana selalu sangat memakan sesuatu; bosan. 2 berasa hendak muntah; loya; mual. 3 berasa jijik kerana mendengar atau melihat sesuatu. memuakkan menimbulkan perasaan muak; meloyakan; menjemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muak (adjektif)
1. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, lugu, majal, pasai,

2. Bersinonim dengan mual: loya, meluah, meluak, dugal, enek, meloyo,

3. Bersinonim dengan menyampah: meluat, berbulu, getik, jijik, benci,



Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lan[lAn]kata adjektifberkenaan rasa jijik dan meloyakan apabila melihat sesuatu yang kotor, (umpamanya nanah, muntah dan lain-lain), muak, jijik; damuih.Aku rasa lan nak makan kat kedai tepi paret tu.[A.ku ÒA.sA lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj t«.pi pA.Òet tu]Aku berasa jijik hendak makan di kedai tepi parit itu.
damuih[dA.muih]kata adjektifberkenaan rasa jijik dan meloyakan apabila melihat sesuatu yang kotor, (umpamanya nanah, muntah dan lain-lain), muak, jijik; lan.Aku damuih bila tengok bisoi dia pecah.[A.ku dA.muih bi.lA tE.N/ bi.soj di.jA p«.tSAh]Aku berasa jijik apabila melihat bisulnya pecah.

Kembali ke atas