kuang-kuit | [ku.wAN.ku.wit] | kata kerja | bergerak-gerak (anak kecil, bayi). | Anak Maznah tengah dok kuang-kuit-kuang-kuit dalam ndoi. | [A.nA/ mAz.nAh t«.NAh do/ ku.wAN.ku.wit.ku.wAN.ku.wit dA.lAm ndoj] | Anak Maznah kelihatan sedang bergerak-gerak di dalam huaian. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |
kayu tiga tengah dua | [kA.ju ti.gA t«.NAh du.wA] | | pukul. | Masok kampong orang jangan buat tak ketahuan, satni kena kayu tiga tengah dua. | [mA.so/ kAm.poN .ÒAN dZA.NAn bu.wAt tA/ k«.tA.hu.wAn sAt.ni k«.nA kA.ju ti.gA t«.NAh du.wA] | Masuk ke kampung orang jangan sembarangan, nanti kena pukul. |
derot | [d«.Òt] | kata kerja | mendap, jerlus. | Rumah kongsi hak depa buat ataeh tanah lombong tu tengelam pasai tanah tu derut. | [Òu.mAh koN.si hA/ dE.pA bu.wAt A.tAEh tA.nAh lom.boN tu t«.N«.lAm pA.sAj tA.nAh tu d«.Òt] | Rumah kongsi yang dibina di atas bekas tanah lombong itu tenggelam kerana tanahnya mendap. |
gam | [gAm] | kata adjektif | serta-merta, tiba-tiba. | Tengah kami dok ralet kata kat dia, gam dia mai. | [t«.NAh kA.mi do/ ÒA.let kA.tA kAt di.jA gAm di.jA mAj] | Sedang kami leka mengata-ngatakan tentang dirinya tiba-tiba dia muncul. |
coeh | [tSâEâh] | kata kerja | muncul, timbul, datang dengan tiba-tiba. | Tengah kami dok makan, coeh dia mai. | [t«.NAh kA.mi do/ mA.kAn tSâEâh di.jA mAj] | Ketika kami makan, dia muncul dengan tiba-tiba. |
ketang kedada | [ke.tAN k«.dA.dA] | | memakai kain setakat paras dada, berkemban. | Minah ketang kedada bila nak pi mandi kat telaga. | [mi.nAh ke.tAN k«.dA.dA bi.lA nA/ pi mAn.di kAt t«.lA.gA] | Minah berkemban apabila pergi mandi di telaga. |
jeret | [dZ«.Òet] | kata kerja | meminum sekadar membasahkan tekak, minum sedikit. | Dia tu tengah leteh, bagi dia jerit ayaq sikit. | [di.jA tu t«.NAh l«.teh bA.gi di.jA dZ«.Òet A.jA)Ö si.kit] | Dia sedang keletihan, berilah dia minum sedikit air. |
| | | 2. roda yang dibuat daripada kayu mampat. | Kalu tanah kerin, kita buleh guna anoq hak ada gerek bagi senang krebau tarek. | [kA.lu tA.nAh k«.Òin ki.tA bu.leh gu.nA A.nâÖ hA/ A.dA gE.ÒE/ bA.gi s«.nAN kÒ«.bAw tA.Òe/] | Kalau tanah kering, kita boleh menggunakan anur yang beroda untuk memudahkan kerbau menariknya. |
meringgi | [m«.ÒiN.gi] | kata adjektif | berkenaan buah padi yang masih lembut isinya; beringgi. | Padi tengah meringgi selalu kena serang bena perang. | [pA.di t«.NAh b«.ÒiN.gi s«.lA.lu k«.nA s«.ÒAN b«.nA pE.ÒAN] | Padi yang sedang meringgi selalu kena serang bena perang. |