tan II | [tAn] | kata kerja | berhasrat, bercita-cita, berkeinginan. | Lama dah dia dok tan nak beli Proton Saga, tapi duet dia tak cukop lagi. | [lA.mA dAh di.jA do/ tAn nA/ b«.li pr.tn sA.gA tA.pi du.wet di.jA tA/ tSu.kop lA.gi] | Sudah lama dia bercita-cita hendak membeli kereta Proton Saga tetapi wangnya belum cukup lagi. |
pedap II | [p«.dAp] | kata adjektif | berkenaan cara berjalan yang perlahan-lahan, berhati-hati. | Awat hang jalan tepedap-pedap, macam kucin nak tangkap tikuih. | [A.wAt hAN dZA.lAn t«.p«.dAp.p«.dAp mA.tSAm ku.tSin nA/ tAN.kAp ti.kuih] | Kenapa awak berjalan berhati-hati, seperti kucing hendak menangkap tikus. |
ngok-ngek II | [N/.NEt] | kata adjektif | goyang, longgar, tidak kemas terhinggut-hinggut. | Rumah burok tu ngok-nget dah, tunggu masa saja nak reban. | [Òu.mAh bu.Òo/ tu N/.NEt dAh tuN.gu mA.sA sA.dZA nA/ Ò«.bAn] | Rumah buruk itu agak goyang, hanya menunggu saat hendak roboh. |
ganteh II | [gAn.teh] | kata kerja | mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; banah I. | Mokalu nak boh pelapek kat tiang tu kita kena ganteh tiang dengan kayu hak kuat. | [m.kA.lu nA/ boh p«.lA.pe/ kAt ti.jAN tu ki.tA k«.nA gAn.teh ti.jAN d«.NAn kA.ju hA/ ku.wAt] | Kalau hendak memasang pelapik, kita mesti mengungkil tiang dengan menggunakan kayu yang keras. |
merudom II | [m«.Òu.dom] | kata kerja | berlari-lari, bergomol dan lain-lain hingga menyebabkan bising (terutama dalam rumah). | Budak-budak tu suka merudom ataeh rumah, tok wan nak tidoq pon tak buleh. | [bu.dA/.bu.dA/ tu su.kA m«.Òu.dom A.tAeh Òu.mAh to/ wAn nA/ ti.d)Ö pon tA/ bu.leh] | Budak-budak itu suka berlari-lari di atas rumah, sehingga datuk mereka tidak boleh tidur. |
pulun | [pu.lun] | kata adjektif | melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); kampoi II. | Dia pulun baca buku nak paih pereksa. | [di.jA pu.lun bA.tSA bu.ku nA/ pAih p«.ÒE/.sA] | Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |
karau | [kA.ÒAw] | kata kerja | 1. menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; kampoi II. | Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan. | [pi tS«.pAt kA.ÒAw wAw tu A.Òi dAh nA/ u.dZAn] | Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan. |