menyaut | [m«.øAut] | kata kerja | menjawab sesuatu panggilan, menyahut. | Orang tak dak kat rumah kot, kita pangge depa tak menyaut pon. | [.ÒAN tA/ dA/ kAt Òu.mAh kot ki.tA pAN.gE dE.pA tA/ m«.øAut pon] | Mungkin tiada orang di rumah, sebab itulah panggilan kita tidak disahut. |
enjang | [en.dZAN] | kata nama | panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok anjang), nenek saudara (tok anjang), bapak saudara (pak anjang), emak saudara (mak anjang), saudara atau anak (anjang) yang menduduki tempat keempat dalam susunan sesuatu keluarga. | Esok, pak enjang hang ajak pi kat duson dia, pila ramai-ramai. | [E.s/ pA/ en.dZAN hAN A.dZA/ pi kAt du.son di.jA pi.lA ÒA.mAj.ÒA.mAj] | Esok, Pak Anjang engkau menjemput ke dusunnya, pergilah beramai-ramai. |
caq | [tSAâÖ] | kata nama | 1. panggilan dan gelaran kepada ahli keluarga yang tertua atau yang sulung dalam susunan sesuatu keluarga, abang yang sulung (bang caq), kakak yang sulung (kak caq), datuk yang sulung (tok caq). | Lembu jantan ada caq kat ataeh tengkok dia. | [l«m.bu dZAn.tAn A.dA tSAâÖ kAt A.tAeh t«N.ko/ di.jA] | Lembu jantan mempunyai ponok di atas tengkuknya. |
asyu | [A.Su] | katan nama | panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok asyu), nenek saudara (tok asyu), bapak saudara (pak asyu), emak saudara (mak asyu), saudara atau anak (asyu) yang menduduki tempat terakhir atau yang bongsu dalam susunan sesuatu keluarga. | | | |
menyut | [m«.øut] | kata kerja | menyahut panggilan. | Sepa pangge tak sapa menyut pon. | [sE.pA pAN.gE tA/ sA.pA m«.øut pon] | Kami panggil tiada seorang pun yang menyahut. |
dia I | [di.jA] | kata nama | panggilan (kata sapaan mesra) suami kepada isteri atau sebaliknya. | “Dia makan la dulu, saya makan kemdian,” bini dia kata. | [di.jA mA.kAn lA du.lu sA.jA mA.kAn k«m.di.jAn bi.ni di.jA kA.tA] | “Awak makanlah dahulu, saya makan kemudian,” kata isterinya. |
tam | [tAm] | kata nama | pangkat bapa saudara atau ibu saudara yang keenam. Panggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok tam), nenek saudara (tok tam), bapa saudara (pak tam), emak saudara (mak tam) yang menduduki tempat keenam dalam susunan sesuatu keluarga. | Hang nak ikot Pak Teh ka Pak Tam? | [hAN nA/ i.kot pA/ tEh kA pA/ tAm] | Engkau nak ikut dengan Pak Teh atau dengan Pak Tam. |
nyong | [øN] | kata kerja | berjalan terus (beredar atau pergi) tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan. | Mak dia pangge pon dia tak peduli, dia pi nyong jugak. | [mA/ di.jA pAN.gE pon di.jA tA/ p«.du.li di.jA pi øN dZu.gA/] | Panggilan emaknya tidak dipeduli, dia terus pergi juga. |