dendan | [d«n.dAn] | kata kerja | memintal, menganyam rambut dalam bentuk menjalin (tiga gumpal rambut menjadi satu anyaman). | Rambot Timah panjang, dia buat dendan dua, lepaeh tu buboh bunga kat ujong. | [ÒAm.bot ti.mAh pAn.dZAN di.jA bu.wAt d«n.dAn du.wA l«.pAEh tu bu.boh bu.NA kAt u.dZoN] | Rambut Timah panjang, dijalin menjadi dandan dua, dan dihiasi bunga di hujungnya. |
beret | [b«.rEt] | kata kerja | berleter panjang, mengomel. | Depa tak suka kat orang tua tu, pasai dia suka beret tak tentu pasai. | [dE.pA tA/ su.kA kAt .ÒAN tu.wA tu pA.sAj di.jA su.kA b«.rEt tA/ t«n.tu pA.sAj] | Mereka tidak suka kepada orang tua itu kerana dia suka berleter tanpa sebab. |
dora | [d.ÒA] | kata adjektif | lama, masa yang panjang. | Hang pi mana? Aku tunggu hang berapa dora dah. | [hAN pi mA.nA A.ku tuN.gu hAN be.ÒA.pA d.ÒA dAh] | Awak pergi ke mana? Aku tunggu awak sudah lama. |
gebok | [g«.b/] | kata nama | sejenis alat yang berbentuk bulat panjang (daripada tembaga, kayu) untuk membuat (laksa, putu mayam, mi, cendol dan lain-lain), kebuk. | Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun. | [lA/.sA b«.ÒAEh hA/ bu.wAt d«.NAn g«.b/ l«.beh s«.dAp pA.dA lA/.sA bi.hun] | Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun. |
karau | [kA.ÒAw] | kata kerja | 1. menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; kampoi II. | Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan. | [pi tS«.pAt kA.ÒAw wAw tu A.Òi dAh nA/ u.dZAn] | Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan. |
kampoi II | [kAm.poj] | kata kerja | menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; karau. | Lepaeh dia karau tali wau tu, dia kampul kat pot susu. | [l«.pAEh di.jA kA.ÒAw tA.li wAw tu di.jA kAm.poj kAt pt su.su] | Selepas ditarik turun tali layang-layang itu, dililitnya pada tin susu kosong. |
kote mamak | [k.tE mA.mA/] | | sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya) yang buahnya bulat dan panjang berwarna hitam apabila masak (boleh dimakan begitu sahaja). Isinya merah kehitam-hitaman. | | | |
yoya | [jo.jA] | kata kerja | berpeleseran, merambu ke sana ke mari tanpa tujuan. | Dah besaq panjang lagu tu pon asyek dok yoya sana sini, haram nak tulong mak pak. | [dAh b«.sA)Ö pAn.dZAN lA.gu tu pon A.Se/ do/ jo.jA sA.nA si.ni hA.ÒAm nA/ tu.loN mA/ pA/] | Sudah dewasa pun masih lagi berpeleseran ke sana ke mari, malas hendak menolong ibu bapa. |
dajal | [dA.dZAl] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal. |
dajai | [dA.dZAj] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai. |