Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rut] | ڤاروت

Definisi : 1. = pemarut, parutan alat utk meng­ukur kelapa dll; 2. bekas luka (bisul dll) pd kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yg telah tua; 3. bekas ditetak pd pokok (kayu dll): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu; luka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati, perte­lingkahan yg lepas itu terasa jua; berparut mempunyai parut: kepala yg ~; memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut kemudian diperah; parutan 1. parut; 2. sesuatu yg sudah diparut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rut] | ڤاروت

Definisi : 1 = pemarut alat yg digunakan utk mengukur kelapa. 2 bekas luka atau kudis yg terdapat pd kulit. berparut 1 sudah dikukur isinya (bkn kelapa). 2 ada parutnya: Mukanya ~. memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parut (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemarut: sagat, penyagat, kukur, pengukur,

2. Bersinonim dengan bekas: palau, birat, cena, tanda, kesan,

Kata Terbitan : berparut, memarut,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lempiang bakaq[lEm.pi.jAN bA.kA)Ö] sejenis penganan daripada pisang, tepung, kelapa parut dan gula yang dibakar dalam daun pisang.   
bunga pudak[bu.NA pu.dA/] sejenis kuih kering digoreng yang dibuat daripada tepung beras yang didadarkan nipis-nipis, yang mengandungi inti kelapa parut dan gula (biasanya berwarna merah).   

Kembali ke atas