Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~ dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat; mandi ~ basah oleh peluh; berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh be­kerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. penge­luaran (pembuangan) air atau wap oleh tum­buhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr liang halus pd kulit tubuh; keringat. berpeluh mengeluarkan peluh. perpeluhan 1 perihal berpeluh. 2 proses pengeluaran (pembuangan) air atau wap melalui stoma oleh tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluh (kata nama)
Bersinonim dengan keringat;
Kata Terbitan : berpeluh,

Puisi
 

Macam-macam menunggang kuda,
     Menunggang kuda di rumpun buluh;
Sapu tangan pakaian muda,
     Pohon pemalit peluh.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak air talang dipancung;
     peluh diurut,
hujan ditampung.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. mengalir (air mata, peluh dan lain-lain) dengan banyaknya (menangis atau bekerja kuat), bercucuran.Bila dia dengaq kata mak dia mati, ayaq mata dia becerau.[bi.lA di.jA d«.NAâÖ kA.tA mA/ di.jA mA.ti A.jAâÖ mA.tA di.jA b«.tS«.ÒAw]Apabila dia mendengar berita kematian ibunya, air matanya bercucuran.
bangaeh[bA.NAEh]kata adjektifberkenaan bau peluh atau bau badan kerana berjemur, bekerja keras dan sebagainya, tengik.Hang pi maen panaeh tang mana, sampai bau bangaeh sangat ni?[hAN pi mAen pA.nAEh tAN mA.nA sAm.pAj bAw bA.NAEh sA.NAt ni]Di mana kamu berjemur, sehingga badan berbau tengik ini?
perat[p«.ÒAt]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; kesaq.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau perat badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAw p«.ÒAt bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.
kesaq[k«.sA)Ö]kata adjektifberkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; perat.Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau kesaq badan hang tu hilang.[tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAu k«.sA)Ö bA.dAN hAN tu hi.lAN]Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang.

Kembali ke atas