Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sengkela[s«N.k«.lA]kata namasejenis penyakit (kudis atau gatal-gatal) di kelangkang dan bahagian kemaluan.Budak tu jalan kengkang kena sengkela.[bu.dA/ tu dZA.lAn keN.kAN k«.nA s«N.k«.lA]Budak itu berjalan mengengkang terkena penyakit sengkela.
larap I[lA.ÒAp]kata adjektifberkenaan penyakit yang, teruk, tenat, serius, lorat.Pak hang tu larap dah, awat hang tak bawak pi hospita?[pA/ hAN tu lA.ÒAp dAh A.wAt hAN tA/ bA.wA/ pi hos.pi.tA]Bapak engkau itu sudah teruk, mengapa engkau tidak dibawa hospital?
bedenel[b«.dE.nEl]kata adjektifberkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedene.Kude hang tu dok bedenel, hang tak buboh ubatka?[ku.de hAN tu do/ b«.dE.nEl hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA]Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat.
bedene[b«.dE.nE]kata adjektifberkenaan kudis atau penyakit kulit pada anggota badan seperti mata, telinga dan lain-lain dalam keadaan basah, melekit, berair, lembap dan sebagainya; bedenel.Kude hang tu dok bedene, hang tak buboh ubatka?[ku.de hAN tu do/ b«.dE.nE hAN tA/ bu.boh u.bAt.kA]Kudis kamu sentiasa berair, tidakkah kamu bubuh ubat.
bera[b«.ÒA]kata namabisa atau panas yang berlanjutan pada sesuatu penyakit.Bisoi dia dah pecah, bera ada lagi.[bi.soj di.jA dAh p«.tSAh b«.ÒA A.dA lA.gi]Bisulnya sudah pecah tetapi bisanya masih ada.

Kembali ke atas