Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : sj kenaikan (drpd kayu dll) di air dan biasanya tidak mempunyai geladak, sampan besar; ~ jalur sj perahu yg dibuat drpd sebatang kayu yg dibelah dua, dikorek isi tengahnya dan dibentuk spt perahu; ~ kura sj kapal perang lama; ~ lading perahu yg kecil panjang dibuat drpd sebatang kayu; ~ layar perahu yg mema­kai layar; ~ mayang (payang, pemayang, pukat) perahu utk memukat di laut; ~ som sj perahu perang yg kecil dan laju; ~ bertambatan, dagang bertepatan prb teratur dan kena pd tempatnya (perdaga­ngan); ~ papan bermuat intan prb sesuatu yg tidak layak diperjodohkan; ibarat ~ takkan karam sebelah prb dua orang yg bersyarikat dll jika rugi tentulah ditanggung oleh kedua­duanya; terlangsung ~ boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik prb sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati­hati, kalau sudah terlanjur tidak dapat ditarik balik; berperahu menaiki perahu: mereka lari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.hu] | ڤراهو

Definisi : kenaikan di air yg dibuat drpd sebatang kayu yg ditebuk dan tidak bergeladak. ~ getah pelampung yg berbentuk perahu dan dibuat drpd getah (biasanya digunakan ketika kecemasan di laut dll). berperahu menaiki perahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tentayu[t«n.tA.ju]kata namaangkuk perahu yang berbentuk jentayu.Perau hak menang tu cantek sunggoh pasai dia guna tentayu.[p«.ÒAu hA/ m«.nAN tu tSAn.te/ suN.goh pA.sAj di.jA gu.nA t«n.tA.ju]Perahu itu menang pun patut kerana angkuknya yang berbentuk jentayu itu sangat cantik.
bahara[bA.hA.ÒA]kata adjektifberkenaan perahu, cara orang berjalan, dan lain-lain yang sama timbang, seimbang, sama berat kiri dan kanan.Perau dia bahara macam seludang nyoq.[p«.ÒAw di.jA bA.hA.ÒA mA.tSAm s«.lu.dAN øâÖ]Perahu dia seimbang seperti seludang kelapa.
minyak cenuk[mi.øA/ tS«.nu/] minyak yang dibuat daripada pohon cenuk (bengkawang, lengkawang, minyak tengkawang, minyak lengkawang, minyak kawang, minyak damar laut, kawang). Minyak cenuk biasanya dijadikan bahan awet yang disapu pada kayu (perahu, rumah dan lain-lain).Pak Mat tukang, sapu perahu payang dengan minyak cenuk bagi tahan lama.[pAk mAt tu.kAN sA.pu p«.ÒA.hu pA.jAN d«.NAn mi.øA/ tS«.nu/ bA.gi tA.hAn lA.mA]Pak Mat Tukang, menyapu perahu payangnya dengan minyak cenuk supaya tahan lama.
conget[tS.NEt]kata kerjamengangkat atau meninggikan bahagian belakang (perahu, benda dan lain-lain) atau ekor (burung, lembut dan lain-lain).Anjin itam tu lari conget ekoq pasai tekejot senapang meletup.[An.dZin i.tAm tu lA.Òi tS.NEt E.kâÖ pA.sAj t«.k«.dZot s«.nA.pAN m«.l«.tup]Anjing hitam itu lari hingga terangkat ekornya kerana terkejut mendengar letupan senapang.

Kembali ke atas