[per.cu.ma] | ڤرچوما
Definisi : 1. tidak ada faedahnya (gunanya, hasilnya), sia-sia: guru tidak harus membuang masa dgn ~; ~ sahaja menasihatkan budak-budak yg tidak berakhlak itu; 2. (dgn) tidak meminta bayaran: tidak seorang pun mahu bekerja ~ sahaja, semua menuntut upah; 3. diperoleh dgn tidak perlu membayar, tidak dikenakan bayaran: pemenang peraduan tersebut diberi tiket ~ utk melancong ke Tokyo; pekerja-pekerja diberi gaji yg agak rendah tetapi diberi makan ~; ®cuma I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.cu.ma] | ڤرچوما
Definisi : 1. tidak ada faedahnya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[per.cu.ma] | ڤرچوما
Definisi : 1 tidak ada gunanya atau tidak ada faedahnya sama sekali; sia-sia: Kita tidak harus membuang masa dgn ~. 2 tidak dikenakan apa-apa bayaran; tidak perlu membayar atau dibayar: Saya ada tiket ~ utk menonton wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[per.cu.ma] | ڤرچوما
Definisi : 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak (Kamus Pelajar Edisi Kedua)