Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.li] | ڤرلي

Definisi : sindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya; memerli, memperli 1. menyindir, meng­ejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu; perlian ark perli, sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.li] | ڤرلي

Definisi : ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perli (kata nama)
Bersinonim dengan sindiran, ejekan, celaan, cemuhan, cacian, kejian;,
Kata Terbitan : memerli, memperli,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jejet[dZE.dZEt]kata kerjaperli, usik (tentang kelakuan, percakapan).Hang jangan dok jejet Pak Mat sengau tu, sekali dia mengamok, terok hang.[hAN dZA.NAn do/ dZE.dZEt pA/ mAt s«.NAw tu s«.kA.li di.jA m«.NA.mo/ t«.Òo/ hAN]Jangan kamu asyik mengusik Pak Mat sengau itu, sekali dia mengamuk, teruklah kamu.
perelai[p«.Ò«.lAj]kata kerjamengejek, mengajuk, memperli dan seumpamanya dengan tujuan untuk berseloroh, bersenda. Ada juga dengan niat yang jahat, perli.Merah telinga dia bila kena perelai kawan-kawan, pasai dia takot bini.[mE.ÒAh t«.li.NA di.jA bi.lA k«.nA p«.Ò«.lAj kA.wAn.kA.wAn pA.sAj di.jA tA.kot bi.ni]Telinganya menjadi merah kerana diperli dek teman-temannya tentang dia takutkan isteri.

Kembali ke atas