Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tan.di.ngan] | ڤرتنديڠن

Definisi : 1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tan.di.ngan] | ڤرتنديڠن

Definisi : 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Seperti denak mencari lawan.

Bermaksud :

Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nombot kemereh[nm.bt k«.mE.rEh] nombor atau kedudukan terkebelakang atau corot dalam pertandingan atau perlawanan.Pasokan Rumah Kunin tak kuat pasai tu depa dapat nombot kemereh.[pA.so.kAn Òu.mAh ku.nin tA/ ku.wAt pA.sAj tu dE.pA dA.pAt nm.bt k«.mE.rEh]Pasukan Rumah Kuning tidak kuat, sebab itulah mereka mendapat tempat terakhir.

Kembali ke atas