Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak dgn menggunakan bilah buluh; ~ umpat (umpet) bermain saling mencari (bercari-carian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) 1. ruang yg disekat-sekat atau bersekat-sekat: dlm ~ tempat simpan barang-barang itu polis menjumpai geran motokar itu; 2. bilik (kamar) kecil: api yg membakar buritan kapal itu menyala terus dan menjalar pula ke dlm ~-~ kapal; 3. sebidang sawah yg disempadani dgn batas (permatang), piring; 4. bahagian sawah dll tempat menyemai (me­nanam): manakala anak padi itu telah lebih kurang 15 sentimeter tinggi, anak padi itu pun diubah ke dlm ~-~; berpetak-petak 1. beberapa (banyak) petak: ~ tanaman padi musnah akibat banjir itu; 2. terbahagi kpd beberapa petak; memetak-metakkan membahagikan atau mengasingkan kpd atau mengikut kumpulan (bidang, pengkhususan dsb) tertentu: ini mungkin merupakan langkah pertama utk membebaskan bidang keilmuan drpd dipetak-petakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak) Jw belang putih di dahi kuda; kuda ~ kuda yg berbelang putih pd dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pétak); burung ~ sj burung, lanting, selanting, Rhizothera l. longirostris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pétak/ 1 bahagian drpd sesuatu ruang yg bersekat-sekat: Di ruang perahu itu ada enam ~. 2 bilik kecil: Rumahnya disekat-sekat menjadi tiga ~. 3 bahagian sawah yg bersempadankan batas; piring. berpetak mempunyai sempadan yg bersekat-sekat; berkotak. Tikar yg dibentangkan itu hanya mempunyai corak persegi atau ~ biasa saja. berpetak-petak 1 mempunyai petak yg banyak: Matanya merenung jauh-jauh bagaikan menembusi dinding kamar yg ~ itu. 2 beberapa banyak petak: ~ tanaman padi yg musnah akibat banjir itu. 3 dlm bentuk petak-petak: Tiap-tiap jenis tanaman itu ditanamnya ~ dlm satu kawasan. memetak membentuk petak: Tumpahan air itu ~ mengikut bekas tsb. memetak-metak membahagi menjadi petak yg banyak. memetakkan membuat petak utk menandai sempadan sesuatu: Dia ~ kawasan yg dikatakan miliknya itu. pemetakan perbuatan memetak atau memetakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petak (kata nama)
Bersinonim dengan ruang, bahagian, palka, bilik, kamar, kabin.,

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang di dalam;
Sama susut sama rindu,
     Sama tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(15)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lonyiang[lo.øi.jAN]kata kerjamemijak-mijak; melatam.Krebau hang masok dalam petak bendang aku, lonyiang bekaeh semai aku.[kÒ«.bAw hAN mA.so/ dA.lAm pE.tA/ b«n.dAN A.ku lo.øi.jAN b«.kAEh s«.mAj A.ku]Kerbau engkau masuk di dalam petak sawah aku, lalu menyebabkan semaian aku rosak.
redai[Ò«.dAj]kata namasejenis alat daripada logam (besi, dawai) yang dijalin seperti mata punai atau berpetak-petak untuk membakar, menyalai, memanggang dan lain-lain.Depa kena tambah redai tu pasai temakau hak kena jemoq dah betambah.[dE.pA k«.nA tAm.bAh Ò«.dAj tu pA.sAj t«.mA.kAw hA/ k«.nA dZ«.m)Ö dAh b«.tAm.bAh]Mereka kena tambah tempat jemuran itu kerana tembakau yang hendak dijemur sudah bertambah.
menangkap[m«.nAN.kAp]kata kerjamengambil udara dengan cara menimbulkan kepala di permukaan air (ikan).Menangkap sunggoh ikan dalam petak tu, jom kita balek ambek bok kael.[m«.nAN.kAp suN.goh i.kAn dA.lAm pE.tA/ tu tSom ki.tA bA.le/ Am.be/ b/ kAel]Ikan-ikan dalam sawah itu galak melompat. Ayuh kita pulang mengambil kail.
tahan taut[tA.hAn tAut] memasang pukat, jerat dan lain-lain untuk menangkap ikan dan lain-lain.Hang pi tahan taut petak mana?[hAN pi tA.hAn tAut pE.tA/ mA.nA]Engkau pergi tahan taut di sawah mana?
gunung[gu.nuN]kata namagundu atau ibu daripada cebisan batu, kayu, kaca dan sebagainya yang digunakan dalam permainan tradisi Melayu (sambut-sambut, lompat teng-teng dan sebagainya).Tangan dia lekaq sunggoh, tiap-tiap kali taok gunung masok petak.[tA.NAn di.jA l«.kAâÖ suN.goh ti.jAp.ti.jAp kA.li tAo/ gu.nuN mA.so/ pE.tA/]Dia begitu handal, setiap kali melontar, gundunya memasuki ruang petak.

Kembali ke atas