empin kerabu | [«m.pin k«.ÒA.bu] | | sejenis kerabu kering daripada emping padi yang digoreng semula dengan cili, udang, serai, kelapa, garam dan gula sebagai makanan ringan. | | | |
adan | [A.dAn] | kata nama | pengadang yang dipasang di pintu, tangga dan sebagainya, untuk menyekat kanak-kanak keluar rumah. | Mak buboh adan depan pintu tak bagi adek keluaq rumah. | [mA/ bu.boh A.dAn d«.pAn pin.tu tA/ bA.gi A.de/ k«.lu.wAâÖ ] | Ibu memasang pengadang di pintu supaya adik tidak dapat keluar rumah |
kerunaeh | [k«.Òu.nAEh] | kata kerja | menggaru atau mengopek dengan cara yang perlahan dengan hujung jari; kerumit. | Dia kerunaeh kerupin kude dia itu sampai bedarah. | [di.jA k«.Òu.nAEh k«.Òu.pin ku.dE di.jA itu sAm.pAj b«.dA.ÒAh] | Dia mengopek keruping kudisnya itu sehingga berdarah. |
| | | 2. baki (wang dan lain-lain) | Mana pinjul duet hak aku bagi semalam? | [mA.nA pin.dZoj du.wet hA/ A.ku bA.gi s«.mA.lAm] | Mana baki wang yang aku beri semalam? |
betoran | [b«.t.ÒAn] | kata adjektif | berkenaan pinggan mangkuk, tikar, talam, kain dan lain-lain yang bersusun atau berlapis-lapis. | Awat hang biaq betoran pinggan tu, bila hang nak basoh? | [A.wAt hAN bi.jAâÖ b«.t.ÒAn piN.gAn tu bi.lA hAN nA/ bA.soh] | Kenapa kamu biarkan pinggan itu bersusun, bila kamu hendak membasuhnya? |
mampai | [mAm.pAj] | kata adjektif | tumpul, dempak. | Depa tumbok empin pakai alu hak mampai. | [dE.pA tum.bo/ «m.pin pA.kAj A.lu hA/ mAm.pAj] | Mereka menumbuk emping dengan menggunakan alu yang dempak. |
mengambang | [m«.NAm.bAN] | kata kerja | duduk di pintu rumah dengan tujuan supaya diperhatikan oleh orang yang lalu lalang, di hadapan rumahnya (berkenaan anak-anak gadis yang belum berkahwin). | Tiap-tiap petang hang suka dok mengambang tang pintu, pi la masok dalam. | [ti.jAp.ti.jAp p«.tAN hAN su.kA do/ m«.NAm.bAN tAN pin.tu pi lA mA.so/ dA.lAm] | Tiap-tiap petang awak suka duduk mengambang di pintu, pergilah masuk ke dalam. |