Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : sj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-­alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : bekas yg bundar leper dan lebih besar drpd piring (dibuat drpd tembikar, kaca dll) utk tempat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggan

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
betoran[b«.t.ÒAn]kata adjektifberkenaan pinggan mangkuk, tikar, talam, kain dan lain-lain yang bersusun atau berlapis-lapis.Awat hang biaq betoran pinggan tu, bila hang nak basoh?[A.wAt hAN bi.jAâÖ b«.t.ÒAn piN.gAn tu bi.lA hAN nA/ bA.soh]Kenapa kamu biarkan pinggan itu bersusun, bila kamu hendak membasuhnya?
lingkop pahna[liN.kop pAh.nA] rosak binasa, punah atau jahanam.Depa kelahi laki bini, habeh lingkop pahna pinggan mangkok.[dE.pA k«.lA.hi lA.ki bi.ni hA.beh liN.kop pAh.nA piN.gAn mAN.ko/]Habis punah pinggan mangkuk kerana mereka berkelahi suami isteri.
melahaq[m«.lA.hA)Ö]kata adjektif1. tersangat lapar atau kebulur.Dia melahaq betoi, pat kali tambah nasik pon tak cukop lagi.[di.jA m«.lA.hA)Ö b«.toj pAt kA.li tAm.bAh nA.si/ pon tA/ tSu.kop lA.gi]Dia tersangat lapar, menambah empat pinggan nasi masih belum cukup.

Kembali ke atas