umpok | [um.po/] | kata nama | bahagian seseorang. | Umpuk kreja hak hang kena belah sana. | [um.po/ kÒ«.dZA hA/ hAN k«.nA b«.lAh sA.nA] | Bahagian kerja yang engkau kena buat, di sebelah sana. |
ponen | [po.nEn] | kata nama | lelaki yang perawakan serta lagaknya seperti perempuan, pondan, khunsa, darai, bapuk, banci. | Dia marah bila orang pangge dia ponen, tapi kelaku dia memang macam pompuan. | [di.jA mA.ÒAh bi.lA .ÒAN pAN.gE di.jA po.nEn tA.pi k«.lA.ku di.jA mE.mAN mA.tSAm pom.pu.wAn] | Dia marah bila dipanggil pondan, tetapi memang perawakannya seperti perempuan. |
| | | 2. membuat sesuatu dengan semberono. | Semua hak dia buat tak sempona pasai dia tu rojoh. | [s«.mu.wA hA/ di.jA bu.wAt tA/ s«m.po.nA pA.sAj di.jA tu Ò.dZh] | Semua yang dikerjakannya tidak sempurna kerana dia membuat kerja itu dengan semberono. |
pemati | [p«.mA.ti] | kata kerja | membatalkan setem hasil bagi mengesahkan sesuatu dokumen (perjanjian, perakuan atau surat sumpah dan lain-lain). | Surat prejanjian dia tu tak sah lagi pasai depa tak pemati stem lagi. | [su.ÒAt pÒ«.dZAn.dZi.jAn di.jA tu tA/ sAh lA.gi pA.sAj dE.pA tA/ p«.mA.ti stEm lA.gi] | Surat perjanjiannya belum dikira sah kerana pihak yang berkenaan belum mematikan setemnya. |
cega | [tSE.gA] | kata adjektif | takut dan khuatir, curiga. | Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu. | [A.nA/ dA.ÒA tu tSE.gA dAh nA/ dZA.lAn s.ÒAN.s.ÒAN wA/.tu mA.lAm pA.sAj di.jA pÒ«.nAh k«.nA gAN.gu] | Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu. |
cerin | [tS«.Òin] | kata adjektif | berkenaan rambut, bulu dan lain-lain yang kering, keras dan tegak. Selalunya kerana keadaan semula jadi atau sebab tidak dibubuh minyak. | Awat cerin sangat rambot budak tu, tak prenah kena minyak kot? | [A.wAt tS«.Òin sA.NAt ÒAm.bot bu.dA/ tu tA/ pÒ«.nAh k«.nA mi.øA/ kot] | Kenapa kering sangat rambut budak itu, agaknya tidak pernah dibubuh minyak. |
celup-celap | [tS«.lup.tS«.lAp] | kata adjektif | tidak tertib, tidak teratur, tidak tentu dahulu dan kemudiannya. | Semua kreja dia sorang nak buat, celup-celap sana, celup-celap sini, lagu mana nak semprena? | [s«.mu.wA kÒ«.dZA di.jA s.ÒAN nA/ bu.wAt tS«.lup.tS«.lAp sA.nA tS«.lup.tS«.lAp si.ni lA.gu mA.nA nA/ s«m.pÒ«.nA] | Semua kerja hendak dibuatnya sendiri, sedikit sana, sedikit sini, bagaimana hendak sempurna? |