Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kumpulan orang yg mempunyai sifat (fahaman dll) yg sama; golongan; kaum: Di Sarawak, terdapat beberapa ~ yg berbeza cara hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puak (kata nama)
1. Bersinonim dengan kelompok: kumpulan, golongan, pasukan, tim, pihak, belah, kalangan, kerabat, marga kobok, etnik,

2. Bersinonim dengan kaum: suku, bangsa, ras, komuniti, masyarakat, keturunan, bani, mujtamak,

Kata Terbitan : berpuak-puak, mempuak-puakkan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gelong[g«.loN]kata namakumpulan atau puak dalam masyarakat (yang sependapat atau sealiran fahamannya sekampung dan lain-lain)Dulu dia kaki melepak, tapi la ni masok gelong masjed pulak.[du.lu di.jA kA.ki m«.lE.pA/ tA.pi lA ni mA.so/ g«.loN mAs.dZed pu.lA/]Dulu dia suka melepak, tapi sekarang ini sudah masuk kumpulan ahli-ahli masjid.
torok[t.r/]kata namapusingan dalam permainan sole.Terok betoi puak tu maen, kalah sampai lima torok.[t«.Òo/ b«.toj pu.wA/ tu mAen kA.lAh sAm.pAj li.mA t.r/]Lemah benar pasukan itu bermain sole, kalah hingga lima pusingan.

Kembali ke atas