Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tebalek kuang[t«.bA.le/ ku.wAN] berlaku sebaliknya.Dah tebalek kuang pulak, mula dia buat kreja tu, aleh-aleh aku pulak yang kena buat.[dAh t«.bA.le/ ku.wAN pu.lA/ mu.lA di.jA bu.wAt kÒ«.dZA tu A.leh.A.leh A.ku pu.lA/ jAN k«.nA bu.wAt]Sudah lain pula jadinya, asalnya dia yang hendak mengerjakannya, tiba-tiba aku pula yang terpaksa membuatnya.
tahan tuaq[tA.hAn tuA)Ö]kata adjektifternampak kemaluan kepada orang lain, beras tumpah.Dok elok-elok siket, satni tahan tuaq pulak![do/ E.l/.E.l/ si.ket sAt.ni tA.hAn tuA)Ö pu.lA/]Duduklah elok-elok sedikit, nanti ternampak kemaluan pula!
sama-tua[sA.mA.tu.wA]kata namapasangan suami isteri.Rokiah ni sama-tua Kasim, yang tu sama tua Minah.[ҍ.ki.jAh ni sA.mA.tu.wA kA.sim jAN tu sA.mA.tu.wA mi.nAh]Rokiah ini isteri Si Kasim, yang itu pula suami Minah.
selerah[s«.lE.ÒAh]kata kerjaselesai atau sempurna siap (tentang kerja).Bila dah abeh selerah kreja hang kat situ, mai la sini tulong sepa pulak.[bi.lA dAh A.beh s«.lE.ÒAh kÒ«.dZA hAN kAt si.tu mAj lA si.ni tu.loN sE.pA pu.lA/]Bila sudah selesai kerja engkau di situ, marilah tolong kami pula di sini.
piat-piat[pi.jAt.pi.jAt]kata kerjaterigau-igau, termimpi-mimpi, mamai.Jangan kuat sangat maen dengan adek hang tu, malam sat ni dia piat-piat pulak.[dZA.NAn ku.wAt sA.NAt mAen d«.NAn A.de/ hAN tu mA.lAm sAt ni di.jA pi.jAt.pi.jAt pu.lA/]Jangan bermain berlebihan dengan adikmu itu, malam nanti dia terigau-igau pula.
pedaka[p«.dA.kA]kata namapapan penutup liang lahat.Mentara tunggu depa mandi mayat ada hak gali kuboq, ada hak kerat papan buat pedaka.[m«n.tA.ÒA tuN.gu d«.pA mAn.di mA.jAt A.dA hA/ gA.li ku.b)Ö A.dA hA/ k«.ÒAt pA.pAn bu.wAt p«.dA.kA]Sementara menunggu orang memandikan jenazah, ada yang menggali kubur, ada pula yang memotong papan untuk dijadikan penutup liang lahat.
kona I[k.nA]kata kerja1. menipu atau memperdaya (kiasan)Dia tu bukan buleh pecaya sangat, tara mak pak dia pun dia sanggop kona, tambahla orang laen.[di.jA tu bu.kAn bu.leh p«.tSA.jA sA.NAt tA.ÒA mA/ pA/ di.jA pon di.jA sAN.gop k.nA tAm.bAh.lA .ÒAN lAen]Dia tidak boleh dipercayai sangat, sedangkan ibu bapanya tergamak ditipunya, inikan pula orang lain.
buat tahana[bu.wAt tA.hA.nA] menghina.Hang jangan dok buat tahana kat orang tua hang, nanti anak hang buat tahana kat hang pulak.[hAN dZA.NAn do/ bu.wAt tA.hA.nA kAt .ÒAN tu.wA hAN nAn.ti A.nA/ hAN bu.wAt tA.hA.nA kAt hAN pu.lA/]Engkau jangan selalu menghina orang tuamu nanti anakmu akan menghina engkau pula.
ase[A.se]kata kerjamenampar yang bertujuan untuk mengusik, bergurau (biasanya apabila hendak berpisah).Petang kemaren hang ase aku, kali ni aku nak balaeh balek.[p«.tAN k«.mA.Òen hAN A.se A.ku kA.li ni A.ku nA/ bA.lAEh bA.le/]Petang semalam kamu menampar aku, kali ini aku hendak balas pula.
meloko[m«.l.k]kata kerjaberdiam diri sambil menundukkan kepala kerana takut, tidak berani melawan dan sebagainya (biasanya kepada manusia).Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja.[dE.pA tu kAt kAm.poN s«n.di.Òi bu.kAn mAen b«.lA.gA/ mA.so/ kAm.poN .ÒAN m«.l.k sA.dZA]Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula.

Kembali ke atas