Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : getah (drpd tumbuh-tumbuhan utk me­nangkap burung); memulut 1. menangkap burung dll dgn getah, menggetah (burung dll): ia selalu ~ burung tekukur; 2. ki memikat (hati), membujuk­-bujuk: banyak gadis yg terpikat kepadanya kerana dipulut dgn kata-kata yg manis; terpulut 1. kena pulut, terlekat; 2. terpikat (hatinya), tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : 1. = beras ~ = sipulut Mn sj bijian spt beras tetapi lebih berkanji, beras ketan; 2. sj penganan yg dibuat drpd beras ketan; jenis­-jenisnya: ~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang, ~ udang, ~ urap, dll; dilihat ~, ditanak berderai prb Mn apa yg kelihatan pd lahirnya berlainan dgn keadaan sebenarnya (kelihatan sbg orang kaya tetapi sebenarnya miskin dll); sebab ~ santan binasa sebab mulut badan binasa prb perkataan yg tajam itu kerap kali mendatangkan kecela­kaan kpd diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : ; ~ lembu = pulut-pulut sj tumbuhan (pokok renek), kelulut, pepulut, Urena lobata; pulut-pulut 1. sj tumbuhan (rumpai), lemak ketam, Melochia corchorifolia; 2. sj tum­buhan (rumpai), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput pasir (tahi babi), sembung gajah, Adenostema lavenia (viscosum); ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), merepuh, setampin, tampin hutan, Mallotus griffithianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), jarak hutan, ludai api, sembang, tapak gajah, Mallotus porterianus; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pokok melukut (pepulut), Chrysophyllum roxburghii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput bawang, siameh gunung, siamit, Fimbristylis asperrima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : getah yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk menangkap burung. memulut menangkap burung dgn menggunakan pulut; menggetah burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : 1 = beras ~ beras yg lekit apabila dimasak, spt yg digunakan utk membuat lemang dll. 2 sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (ditanak atau dikukus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulut

Puisi
 

Ke kedai membeli pulut,
     Pulut dibeli di kaki lima;
Alang-alang kasih di mulut,
     Kasih di hati kami terima.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tanak[tA.nA/]kata kerjamemasak nasi (ubat, pulut, minyak dan sebagainya), menanak.Kalu nak tanak nasik jangan boh ayaq banyak sangat satni kot lembek.[kA.lu nA/ tA.nA/ nA.si/ dZA.NAn boh A.jA)Ö bA.øA/ sA.NAt sAt.ni kot l«m.be/]Jikalau hendak menanak nasi janganlah dibubuh air terlalu banyak supaya nasi tidak lembik.
bengkang nipah[beN.kAN ni.pAh] sejenis kuih yang dibuat dari tepung pulut dan dibungkus dengan daun nipah kemudian dibakar; cucok atap, gedong cak.   
cucoq atap[tSu.tSâÖ A.tAp] sejenis kuih yang dibuat dari tepung pulut dan dibungkus dengan daun nipah kemudian dibakar; bengkang nipah, gedong cak.   
menyorok[m«.ø.ҍ/]kata kerjasarapan, minum pagi, kudapan.Depa menyorok pulot kukuih dengan tamban kiat bila nak pi bendang.[dE.pA m«.ø.ҍ/ pu.lot ku.kuih d«.NAn tAm.bAn ki.jAt bi.lA nA/ pi b«n.dAN]Mereka berkudapan pulut kukus dengan ikan tamban kering goreng sebelum turun ke sawah.
gelinte[g«.lin.tE]kata kerja1. menguli tepung dan sebagai supaya jadi kecil, membulat dengan menggunakan jari.Kak dok gelinte tepong pulot nak buat buah melaka.[kA/ do/ g«.lin.tE t«.poN pu.lot nA/ bu.wAt bu.wAh m«.lA.kA]Kakak sedang menggentel tepung pulut untuk dibuat buah melaka.

Kembali ke atas