Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ram.bat] | رمبت

Definisi : ; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (kha­bar, berita), berpanjang-panjangan (per­teng­kar­an, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata; rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, se­bahagian sfera atau satah; perambatan 1. perihal (proses atau perbuat­an) merambat, penyebaran; 2. (Fiz) pergerak­an gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bat] | رمبت

Definisi : ark tempat yg tinggi sedikit (dlm rumah dll), tempat menerima tetamu yg di­hormati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ram.bat] | رمبت

Definisi : 1. Br, Pr jala; 2. Kd rantai (batu) jala; merambat Pr membubul jala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rambat
Kata Terbitan : merambat,

Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rambat[ÒAm.bAt]kata namarantai (batu) jala.Ayah dok pasang rambat kat jala hak baru siap tu.[A.jAh do/ pA.sAN ÒAm.bAt kAt dZA.lA hA/ bA.Òu si.jAp tu]Ayah sedang memasang rantai (batu) jala, pada jala yang baru disiapkan.

Kembali ke atas