Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bakiaq[bA.ki.jAâÖ]kata adjektifberkenaan susu atau santan dalam keadaan basi.Macam mana budak tu tak saket perot pengasoh dia bagi dia susu bakiaq.[mA.tSAm mA.nA bu.dA/ tu tA/ sA.ket p«.Òot p«.NA.soh di.jA bA.gi di.jA su.su bA.ki.jAâÖ]Budak itu sakit perut, kerana pengasuhnya memberikannya susu yang sudah basi.
apam[A.pAm]kata namasejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras, santan dan ibu roti dan dibakar, (dimakan dengan kuah lemak manis).   
anak tangga[A.nA/ tAN.gA] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus.   
akak[A.kA/]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula, santan, telur dan minyak sapi yang dibakar dengan menggunakan acuan.   
dada ayam[dA.dA A.jAm] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras jawi, gula, santan didadar dalam kuali dan dihias dengan bertih, dimakan dengan kuah lemak manis.   
beka[bE.kA]katan namasejenis kuih basah yang dibuat daripada tepung beras, gula dan santan yang dimasak hingga pekat, dibungkus dengan daun pisang kemudian dipanggang.   
baulu rendang[bAw.lu Ò«n.dAN] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum, telur dan pati santan, diuli dan ditekap dengan acuan sebelum digoreng dalam minyak.   
kumbul[kum.bul]kata namatumbung kelapa, (kecambah dalam buah kelapa yang akan bertunas); kumboi.Nyoq tu kumboi besak dah, santan tak dapat banyak.[ø)Ö tu kum.bul b«.sA)Ö dAh sAn.tAn tA/ dA.pAt bA.øA/]Tumbung kelapa itu sudah besar, santannya tidak banyak diperoleh.
kumboi[kum.boj]kata namatumbung kelapa, (kecambah dalam buah kelapa yang akan bertunas); kumbul.Nyoq tu kumboi besak dah, santan tak dapat banyak.[ø)Ö tu kum.boj b«.sA)Ö dAh sAn.tAn tA/ dA.pAt bA.øA/]Tumbung kelapa itu sudah besar, santannya tidak banyak diperoleh.
badak berendam[bA.dA/ b«.Ò«n.dAm] sejenis kuih atau penganan seperti kuih buah melaka yang berkuah pekat daripada tepung, gula dan santan.   

Kembali ke atas