Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.sa.ran] | ساسرن

Definisi : tempat belajar (me-nembak, bersilat, mengaji, dll): apabila hari malam, ia pun pergi ke ~ silat; ~ tenis padang tenis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sa.ran] | ساسرن

Definisi : 1. tujuan (menembak), bulan-bulan: ada yg menembak ~, ada yg bercatur, ada yg bersepak raga; 2. tujuan (serangan politik, marah, kritik, dll): Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun; 3. hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sa.ran] | ساسرن

Definisi : 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sasar3
Kata Terbitan : menyasar, sasaran,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merewang[m«.ÒE.wAN]kata adjektiftidak tepat menuju sasaran, terbabas, melilau.Dia tendang tak masok gol, pasai dia sepak merewang.[di.jA t«n.dAN tA/ mA.so/ gol pA.sAj di.jA sE.pA/ m«.ÒE.wAN]Tendangannya tidak masuk gol, kerana sepakannya melencong.
   2. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; perembang.Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak.[hAN k«.nA bA.nAh b«.toj.b«.toj mA.sA hAN nA/ tEm.bA/]Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.
mengkalong[m«N.kA.loN]kata kerjamembaling dengan menggunakan kayu, batu atau seumpamanya ke arah sasaran yang agak jauh atau tinggi.Pasai dia tak pandai mengkalong, abeh luroh buah dengan putek dia sekali.[pA.sAj di.jA tA/ pAn.dAj m«N.kA.loN A.beh lu.Òoh bu.wAh d«.NAn pu.te/ di.jA s«.kA.li]Oleh sebab dia tidak pandai membaling, buah dan butiknya pun turut gugur.
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; banat.Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.Ò«m.bAN s«.nA.pAN di.jA kAt gA.gA/ A.tAEh dA.hAn tu]Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.

Kembali ke atas