| peruwap | [p«.Òu.wAp] | kata kerja | meletakkan sesuatu (berkenaan ubi, kacang, bunga, ulam dan lain-lain) di atas nasi yang hampir masak dalam periuk untuk melembutkan bahan tersebut. | Tulong peruwap sat terong ni, kita nak buat ulam makan nasik sat lagi. | [tu.loN p«.Òu.wAp sAt t«.ÒoN ni ki.tA nA/ bu.wAt u.lAm mA.kAn nA.si/ sAt lA.gi] | Tolong peruwap terung ini untuk kita jadikan ulam masa makan nasi sebentar lagi. |
| mengkam | [m«N.kAm] | kata nama | sakit perut, senak perut. | Jangan dok makan buah kelubi muda banyak sangat, satni perot hang mengkam. | [dZA.NAn do/ mA.kAn bu.wAh k«.lu.bi mu.dA bA.øA/ sA.NAt sAt.ni p«.Òot hAN m«N.kAm] | Jangan makan buah kelubi muda terlalu banyak, kelak perut dapat mengkam. |
| belah daeng | [b«.lAh dAeN] | | membelah di bahagian belakang (berkenaan ikan yang hendak dipanggang atau dikeringkan); belah dain. | Bila angkat bubu satni kita belah daing semua ikan kita siap-siap. | [bi.lA AN.kAt bu.bu sAt.ni ki.tA b«.lAh dAeN s«.mu.wA i.kAn ki.tA si.jAp.si.jAp] | Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera. |
| belah dain [b«.lAh dAin] | [b«.lAh dAin] | | membelah di bahagian belakang (berkenaan ikan yang hendak dipanggang atau dikeringkan); belah daeng. | Bila angkat bubu satni kita belah dain semua ikan kita siap-siap. | [bi.lA AN.kAt bu.bu sAt.ni ki.tA b«.lAh dAin s«.mu.wA i.kAn ki.tA si.jAp.si.jAp] | Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera. |
| bekenjah | [b«.k«n.dZAh] | kata adjektif | banyak (buah-buahan, barang-barang keperluan dan sebagainya), berkenjah-kenjah. | Kalu musim buah, bekenjah buah moktan, buah derian, buah langsat kat pekan nat. | [kA.lu mu.sim bu.wAh b«.k«n.dZAh bu.wAh m/.tAn bu.wAh d«.Òi.jAn bu.wAh lAN.sAt kAt p«.kAn nAt] | Apabila musim buah, banyak buah rambutan, durian, langsat dan lain-lain di pekan sehari. |