Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yur] | سايور

Definisi : 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yur] | سايور

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu men­jadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayur

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rembiang[Ò«m.bi.jAN]kata kerjamembawa sesuatu benda atau barang (yang agak banyak), bimbing, bimbit.Semua sayoq-sayoq tu dia rembiang nak pi juai kat pasar malam.[s«.mu.wA sA.j)Ö.sA.j)Ö tu di.jA Ò«m.bi.jAN nA/ pi dZu.wAj kAt pA.sAÒ mA.lAm]Sayur-sayur itu dibimbit dengan susah-payah untuk dijual di pasar malam.
lasu[lA.su]kata adjektifberkenaan buah-buahan atau sayur-sayuran yang terlalu masak hingga hampir busuk, layu.Buah hak depa makan nak maneh silut, pasai buah tu dah lasu.[bu.wAh hA/ dE.pA mA.kAn nA/ mA.neh si.lut pA.sAj bu.wAh tu dAh lA.su]Buah yang dimakan oleh mereka itu agak masam sedikit kerana buah itu sudah lasu.
behi[b«.hi]kata adjektifasyik, gemar, suka, ingin sepenuh hati.Depa behi sunggoh dengan sayoq keladi.[dE.pA b«.hi suN.goh d«.NAn sA.jâÖ k«.lA.di]Mereka gemar sungguh dengan sayur keladi.

Kembali ke atas