Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
langgah[lAN.gAh]kata kerja1. minum banyak-banyak (dengan sekali gus).Depa langgah ayaq sirap tu sampai habeh pasai depa dahaga.[dE.pA lAN.gAh A.jA)Ö si.ÒAp tu sAm.pAj hA.beh pA.sAj dE.pA dA.hA.gA]Mereka minum banyak-banyak air sirap itu sekali gus sehingga habis kerana mereka dahaga.
jejet[dZE.dZEt]kata kerjaperli, usik (tentang kelakuan, percakapan).Hang jangan dok jejet Pak Mat sengau tu, sekali dia mengamok, terok hang.[hAN dZA.NAn do/ dZE.dZEt pA/ mAt s«.NAw tu s«.kA.li di.jA m«.NA.mo/ t«.Òo/ hAN]Jangan kamu asyik mengusik Pak Mat sengau itu, sekali dia mengamuk, teruklah kamu.
sut[sut]kata namahujung, penghabisan, hujung sut paling hujung, hujung sekali.Rumah hak sut tu rumah aku la.[Òu.mAh hA/ sut tu Òu.mAh A.ku lA]Rumah yang penghabisan itu, rumah akulah.
lilaeh[li.lAEh]kata adjektifhabis langsung, tidak berbaki lagi, habis sama sekali; habeh licon, habeh lilaeh.Lilaeh nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan.[li.lAEh nA.si/ tu d«.pA mA.kAn pA.sAj dAh du.wA A.Òi tA/ mA.kAn]Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
habeh lilaeh[hA.beh li.lAEh] habis langsung, tidak berbaki lagi, habis sama sekali; habeh licon, lilaeh.Habeh lilaeh nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan.[hA.beh li.lAEh nA.si/ tu d«.pA mA.kAn pA.sAj dAh du.wA A.Òi tA/ mA.kAn]Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
habeh licon[hA.beh li.tSon] habis langsung, tidak berbaki lagi, habis sama sekali; habeh-lilaeh, lilaeh.Habeh licon nasik tu depa makan pasai dah dua ari tak makan.[hA.beh li.tSon nA.si/ tu d«.pA mA.kAn pA.sAj dAh du.wA A.Òi tA/ mA.kAn]Habis langsung nasi itu dimakan oleh mereka kerana sudah dua hari tidak makan.
awat[A.wAt]kata namajalur, baris atau lorong di sawah padi yang dimakan (dikorek) oleh mata tenggala, traktor dan lain-lain.Tenggala dengan krebau buleh buat satu awat sekali jalan, dengan mata trekta buleh banyak lagi.[t«N.gA.lA d«.NAn kÒ«.bAw bu.leh bu.wAt sA.tu A.wAt s«.kA.li dZA.lAn d«.NAn mA.tA trE/.tA bu.leh bA.øA/ lA.gi]Membajak dengan kerbau boleh membuat satu awat sekali jalan, tetapi dengan mata traktor boleh menghasilkan banyak jalur.
rebiah[Ò«.bi.jAh]kata kerjamemukul, menumbuk, melempang, membelasah dengan kuat.Mokalu hang buat sekali lagi, aku rebiah muka hang![m.kA.lu hAN bu.wAt s«.kA.li lA.gi A.ku Ò«.bi.jAh mu.kA hAN]Jika kamu ulangi lagi nanti aku tumbuk muka kamu!
beberan-beran[b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn]kata adjektifmembawa barang dengan banyak dengan menggunakan semua anggota seperti membimbit, mengepit, memikul dan menjunjung sekali gus.Balek dari pasar tani nampak hang bawa barang beberan-beran[bA.le/ dA.Òi pA.sAr tA.ni nAm.pA/ hAN bA.wA bA.ÒAN b«.b«.ÒAn.b«.ÒAn]Saya nampak awak membawa barang dengan banyaknya sewaktu balik dari pasar tani.
rap[ÒAp]kata adjektif1. sudah siap dikerjakan atau disiapkan untuk ditanami.Kita kena rap bendang kita ari Rabu depan, pasai depa nak tanam sekali pakai mesen.[ki.tA k«.nA ÒAp b«n.dAN ki.tA A.Òi ÒA.bu d«.pAn pA.sAj dE.pA nA/ tA.nAm s«.kA.li pA.kAj me.sen]Kita mesti menyiapkan bendang kita pada hari Rabu depan, kerana kerja-kerja penanaman padi akan dijalankan serentak dengan mesin.
12

Kembali ke atas