Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mer.ba/] | سمربق

Definisi : 1. merata (bau yg wangi), meruap: minyak yg ~ harum baunya sudah disiram-kan di dalamnya; 2. harum: bunga-bungaan yg ~ baunya; serbak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mer.ba/] | سمربق

Definisi : 1 merebak ke merata-rata (bkn bau yg harum); merata: ~ harum baunya. 2 harum; wangi: Berbagai-bagai bunga yg ~ baunya terdapat di taman itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semerbak (adjektif)
1. Bersinonim dengan merata: meruap, merebak, tersebar, mengembang, meluas, menjalar, merewak, menular, merewet, terhambur, tertebar, sampai,
Berantonim dengan terhad

2. Bersinonim dengan harum: wangi, menggerbak, menyerbak, merbak, serbak,
Berantonim dengan kohong.


Puisi
 

Bunga anggerik bunga di taman,
     Bau harum wangi semerbak;
Jikalau kumbang dapat di tangan,
     Kutangkap sekali terlepas tidak.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengembak[m«.N«m.bA/]kata adjektifberkenaan bau wangi, harum, semerbak.Amboi bila dia besiap, mengembak satu bilek.[Am.boj bi.lA di.jA b«.si.jAp m«.N«m.bA/ sA.tu bi.le/]Amboi, bila dia memasang badan, seluruh bilik berbau semerbak.

Kembali ke atas