Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mua] | سموا

Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mua] | سموا

Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
aum[Aum]kata kerjamemborong semua.Depa pakat aum habis buah derian kat pekan tu.[dE.pA pA.kAt Aum hA.beh bu.wAh d«.Òi.jAn kAt p«.kAn tu]Mereka memborong semua buah durian yang dijual di pasar itu.
   2. membuat sesuatu dengan semberono.Semua hak dia buat tak sempona pasai dia tu rojoh.[s«.mu.wA hA/ di.jA bu.wAt tA/ s«m.po.nA pA.sAj di.jA tu ҍ.dZh]Semua yang dikerjakannya tidak sempurna kerana dia membuat kerja itu dengan semberono.
gusti[gus.ti]kata kerjamembeli secara ansuran.Pekakaeh rumah hak banyak tu semua dia beli bayaq gusti.[p«.kA.kAEh Òu.mAh hA/ bA.øA/ tu s«.mu.wA di.jA b«.li bA.jAâÖ gus.ti]Semua perkakas rumah yang banyak itu dibelinya dengan bayaran ansuran.
dahoq[dA.hâÖ]kata adjektifterlalu ingin kepada hak orang lain, tamak.Dia tu dahoq sunggoh, semua hak orang dia mau.[di.jA tu dA.hâÖ suN.goh s«.mu.wA hA/ .ÒAN di.jA mAw]Dia itu tamak sungguh, semua milik orang hendak dibolotnya.
bisan tangan[bi.sAn tA.NAn] kaum keluarga sebelah besan.Kenduri kali ni kenala pangge semua bisan tangan kita.[k«n.du.Òi kA.li ni k«.nA.lA pAN.gE s«.mu.wA bi.sAn tA.NAn ki.tA]Pada kenduri kali ini semua kaum keluarga sebelah besan kita hendaklah dijemput.
selerak bak[s«.lE.ÒA/ bA/] bertaburan dan tidak kemas, tidak tersusun; selerak tarak.Anak dia semua jantan, patot la rumah dia selerak bak.[A.nA/ di.jA s«.mu.wA dZAn.tAn pA.tot lA Òu.mAh di.jA s«.lE.ÒA/ bA/]Anaknya semua lelaki, patutlah rumahnya tidak kemas.
redak II[Ò«.dA/]kata kerjaberlebihan, kelebihan makanan.Kue kat tempat kenuri tu redak pasai semua hak mai bawak kue.[kue kAt t«m.pAt k«.nu.Òi tu Ò«.dA/ pA.sAj s«.mu.wA hA/ mAj bA.wA/ kue]Kuih di tempat kenduri itu berlebihan kerana semua orang yang datang membawa kuih masing-masing.
celup-celap[tS«.lup.tS«.lAp]kata adjektiftidak tertib, tidak teratur, tidak tentu dahulu dan kemudiannya.Semua kreja dia sorang nak buat, celup-celap sana, celup-celap sini, lagu mana nak semprena?[s«.mu.wA kÒ«.dZA di.jA s.ÒAN nA/ bu.wAt tS«.lup.tS«.lAp sA.nA tS«.lup.tS«.lAp si.ni lA.gu mA.nA nA/ s«m.pÒ«.nA]Semua kerja hendak dibuatnya sendiri, sedikit sana, sedikit sini, bagaimana hendak sempurna?
sepa[sE.pA]kata namakami, kami semua; saya apa.Nak masok kampong ni jumpa sepa dulu.[nA/ mA.so/ kAm.poN ni dZum.pA sE.pA du.lu]Kalau hendak masuk ke kampung ini, dengan siapakah kami mesti bertemu terlebih dahulu.
depa[dE.pA]kata namamereka, mereka semua; dia apa.Awat depa tak mai?[A.wAt dE.pA tA/ mAj]Mengapa mereka tak dating?
1234

Kembali ke atas