Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mut] | سموت

Definisi : sj serangga yg merayap; jenis-jenisnya: ~ api sj semut, Tetraponera rufonigra; ~ gajah sj semut, Camponotus gigas; ~ gula sj semut, Monomorium pharaonis; ~ kayu sj semut yg besar dan hitam (yg mengorek kayu), Camponotus her­culaneus; ~ kerengga sj semut, Oecophylla smaragdina dll; ~ dipijak tidak mati, gajah diharung ber-gelimpangan = ~ terpijak tidak mati, alu terharung patah tiga prb perihal jalan se-orang perempuan yg baik lagi teratur (tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat); ~ gatal nak gonggong gunung bagaimana dunia takkan sunyi prb perbuatan yg bukan-bukan; di mana ~ mati kalau tidak dlm gula = mati ~ kerana gula prb manusia itu akan tertipu dgn pujuk rayu; umpama ~ mem­persembah-kan paha belalang kpd raja prb pemberian yg amat sedikit; semut-semut berasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar; menyemut berkerumun dgn ramainya, menge-lilingi sesuatu dgn ramainya: ia tidak berkejar ke sana kerana orang telah ~ di sana; semut-semutan, kesemut-semutan, ke­semut­an semut-semut: sekejap-sekejap dia bangun berjalan kerana menghilangkan kesemutan di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mut] | سموت

Definisi : pd anggota badan kerana lama terhim­pit dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : ~ orang di sepanjang jalan itu. kese­mutan, semut-semutan berasa kebas (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.mut] | سموت

Definisi : berbagai-bagai jenis serangga kecil yg merayap. ~ api Tetraponera rufonigra. ~ gajah Camponotus gigas. ~ gula Monomorium pharaonis. ~ kerengga kerengga, Oecophylla smaragdina. me­­nyemut banyak spt semut; ber­keru­mun (berduyun-duyun); banyak sekali: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semut (kata nama)
Bersinonim dengan serangga merayap, kelik-kelik;,
Kata Terbitan : menyemut, semut-semutan, kesemut-semutan,

Puisi
 

Bagaimana membunuh semut,
     Taruh gula di mangkuk perang;
Bagaimana saya hendak selimut,
     Kainku sudah dipinjam orang.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Semut gatal nak gonggong gunung,
     bagaimana dunia takkan sunyi.

Bermaksud :

Sesuatu yang mustahil dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nanai[nA.nAj]kata namaamai-anai, semut putih.Buku-buku dalam lemari rumah dia abeh kena geret nanai.[bu.ku.bu.ku dA.lAm l«.mA.Òi Òu.mAh di.jA A.deh k«.nA g«.Òet nA.nAj]Semua buku dalam almari di rumahnya musnah dimakan anai-anai.

Kembali ke atas