Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : sj senjata yg berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang drpd pistol dan lebih kecil serta pendek drpd meriam), bedil; ~ angin senapang yg melepaskan penabur dgn tekanan udara; ~ bambu (buluh) a) sj senapang (bedil) yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak; b) prb rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak; ~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah senapang yg patrumnya diisikan dr pangkal laras; ~ kembar = ~ pengantin senapang yg berlaras dua; ~ kep = ~ lantak = ~ lantakan senapang yg pelurunya diisikan dr mulut: ~ mesin senapang yg boleh melepaskan banyak peluru dgn sekali tarik picunya; kalau tiada ~, baik berjalan lapang prb jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah; mercun buluh ~ bambu kpd saya jangan dituju prb tidak berguna menggertak orang yg berakal dan berilmu dgn sesuatu yg tiada memberi erti; bersenapang memakai senapang, ber­senjata-kan senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : senjata api yg mempunyai laras dan menggunakan peluru (lebih besar drpd pistol tetapi lebih kecil drpd meriam). ~ angin senapang yg pelurunya dilepaskan dgn tekanan angin. ~ buluh (bambu) a. bedil yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak. b. ki orang yg nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak. ~ kampung (kulai, patah) senapang yg pelurunya diisikan dr pangkal laras. ~ kembar (pengantin) senapang yg berlaras dua. ~ mesin (jentera) senapang yg pelurunya dpt dilepaskan banyak-banyak dgn memetik picunya sekali saja; mesingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senapang

Puisi
 

Tanam padi di hulu kampung,
     Kampung ada di tepi pantai;
Cari senapang letak di kampung,
     Jangan buah dimakan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; banat.Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.Ò«m.bAN s«.nA.pAN di.jA kAt gA.gA/ A.tAEh dA.hAn tu]Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.
   2. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; perembang.Hang kena banah betoi-betoi masa hang nak tembak.[hAN k«.nA bA.nAh b«.toj.b«.toj mA.sA hAN nA/ tEm.bA/]Kamu mesti tenang betul-betul semasa hendak menembak.
conget[tS.NEt]kata kerjamengangkat atau meninggikan bahagian belakang (perahu, benda dan lain-lain) atau ekor (burung, lembut dan lain-lain).Anjin itam tu lari conget ekoq pasai tekejot senapang meletup.[An.dZin i.tAm tu lA.Òi tS.NEt E.kâÖ pA.sAj t«.k«.dZot s«.nA.pAN m«.l«.tup]Anjing hitam itu lari hingga terangkat ekornya kerana terkejut mendengar letupan senapang.
   2. melihat dari jauh dengan bersungguh-sungguh (supaya nampak dengan jelas).Penembak tu dok perati gagak hak hinggap kat dahan tu betoi-betoi bagi dia senang perembang dengan senapang dia.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.ÒA.ti gA.gA/ hA/ hiN.gAp kAt dA.hAn tu b«.toj.b«.toj bA.gi di.jA s«.nAN p«.Ò«m.bAN d«.NAn s«.nA.pAN di.jA]Penembak itu sedang memerhati gagak yang hinggap di dahan itu bersungguh-sungguh supaya dapat ditenang dengan senapangnya.

Kembali ke atas